Main Article Content

Abstract

Artikel ini membincangkan pencapaian Profesor Dato' Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff dalam penghasilan penerbitan ilmiah. Beliau adalah seorang profesor dalam bidang pengajian al-Quran di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pola penerbitan beliau dalam pelbagai bentuk seperti buku, jurnal dan lain-lain dibincangkan dalam artikel ini, begitu juga penggunaan bahasa serta bentuk kolaborasi beliau dengan tokoh penulis-penulis lain dalam penghasilkan karya ilmiah. Data-data kajian diambil dari pengkalan data UMExpert yang dikemaskinikan oleh beliau sendiri untuk pengetahuan umum dan penilaian pencapaian oleh pihak universiti. Beliau merupakan seorang profesor yang aktif dalam bidang penerbitan ilmiah dan menjadi contoh kepada ahli akademik lain khususnya dalam bidang pengajian Islam dan al-Quran.

Keywords

Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, penerbitan profesor, pola penerbitan, jurnal akademik, prosiding seminar

Article Details

How to Cite
Abdul Hamid, F. F., & Ahmad Jahidi, A. M. (2016). POLA PENERBITAN MOHD YAKUB @ ZULKIFLI MOHD YUSOFF DALAM BIDANG AL-QURAN: KAJIAN BIOBIBLIOMETRIK (Pattern of Publication Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff in Quranic Studies: Biobibliometric Studies). Journal of Al-Tamaddun, 11(2), 67–77. Retrieved from http://borneojournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8702