Pandangan Guru Lughah Al-‘Arabiyah Al-Mu‘Asirah Terhadap Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Semakan) Tingkatan 4 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka pandangan guru Lughah al-‘Arabiyah al-Mu‘asirah (LAM) terhadap pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Tingkatan 4 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pendekatan kualitatif digunakan melalui reka bentuk kajian kes berganda melibatkan empat orang guru LAM yang berpengalaman mengajar kurikulum baharu ini. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan semakan dokumen bahan bantu mengajar (BBM) berkaitan pelaksanaan LAM. Analisis tematik berasaskan kerangka Braun dan Clarke (2021) menghasilkan tiga tema utama: (i) ketidaksejajaran antara intensi kurikulum dan realiti pengajaran dan pembelajaran (PdP), (ii) kekangan profesionalisme dan literasi kurikulum dalam kalangan guru, dan (iii) cabaran pelaksanaan PdP yang banyak bergantung kepada kreativiti individu guru berbanding sokongan kurikulum secara sistematik. Dapatan menunjukkan bahawa pelaksanaan KBD LAM masih berada pada tahap transisi dengan beberapa isu kritikal seperti ketiadaan BBM autentik yang mencukupi, bebanan kandungan nahu–sarf yang tinggi, variasi tahap penguasaan murid, serta kekangan masa PdP. Kajian ini mencadangkan agar latihan intensif kurikulum diperkukuh, pembangunan modul PdP berasaskan pendekatan komunikatif dipertingkat, dan sokongan profesional melalui komuniti pembelajaran dalam kalangan guru LAM dimantapkan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan KBD LAM.
Downloads
Published
Issue
Section
License
The published manuscript shall be a copyright of the Islamic Education Programme, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. The published manuscript would not represent the stand or opinion of the Advisory Board, Editorial Board, Co-Editorial Board and the Management Team of Journal of Islamic Educational Research (JIER), or the Islamic Education Programme, Academy of Islamic Studies, University of Malaya.
Note: This is an open access journal which means that all content is freely available without charge to the user or his/her institution. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission from the publisher or the author. This is in accordance with the BOAI definition of open access.





