AKTIVITI PENTERNAKAN KAMBING DAN CABARAN DI KUANTAN, PAHANG
Kambing, Penternakan, Penternak, Kuantan
Keywords:
Kambing, Penternakan, Penternak, KuantanAbstract
Pernternakan merupakan komponen penting dalam sektor pertanian, yang berperanan sebagai penjana peluang pekerjaan kepada masyarakat, dan menjamin kelangsungan bekalan makanan iaitu sebagai sumber protien alternatif. Namun demikian, industri penternakan kambing di Malaysia masih berada dalam skala kecil dengan menunjukkan senario permintaan melebihi penawaran. Sehingga ke hari ini, Malaysia masih bergantung kepada 70% import hasil ternakan kambing setahun dari negara luar. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji aktiviti penternakan kambing yang dijalankan oleh penternak di Kuantan, Pahang serta cabaran yang dihadapi oleh mereka. Empat objektif dikemukakan dalam kajian ini iaitu, untuk mengenal pasti jenis baka kambing yang diternak, mengkaji jenis sistem penternakan yang digunakan, menganalisis adaptasi amalan penternakan moden dan mengenal pasti cabaran yang di hadapi oleh penternak di Kuantan dalam aktiviti penternakan kambing mereka. Menerusi kajian ini, didapati bahawa secara keseluruhannya penternak kambing di Kuantan mengaplikasikan teknik penternakan moden seperti yang digariskan Jabatan Penternakan Veterinar Malaysia. Penyakit kambing, bencana alam, ancaman keselamatan ternakan, kesukaran mendapatkan makanan ternakan dan modal merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh penternak kambing di Kuantan, Pahang. Maka bidang penternakan kambing haruslah lebih dikomersialkan sebagai saluran kerjaya dengan masa depan yang cerah, terutamanya kepada golongan muda. Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan juga perlulah lebih peka terhadap kebajikan golongan penternak. Bantuan berbentuk modal dan kemahiran perlu diperbanyakkan agar dapat menarik minat masyarakat untuk menceburkan diri dalam bidang ini.