Section Articles

Sorotan Sejarah Kemunculan Syiah dan Aliran Utamanya

History of the Syiah and Its Main Utility
Mariam Abdul Rahman
Mohd Fauzi Hamat
mfhamat@um.edu.my (Primary Contact)

Main Article Content

Abstract

Makalah ini membincangkan sorotan ringkas kemunculan Syiah sebagai satu aliran pemikiran dalam Islam. Kajian ini mendapati bahawa benih awal yang membibitkan kelahiran Syiah telah wujud semasa pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah walaupun tanda awal tersebut tidak menzahirkan Syiah sebagai mazhab politik dan akidah. Kemelut politik kepimpinan Syiah tidak berakhir setakat ini kerana penyokong ̒Ali bin Abi Talib tetap melihat bahawa isu kepimpinan setelah kewafatan Nabi s.a.w. adalah hak mutlak ̒Ali bin Abi Talib dan zuriatnya. Kewibawaan dan kejayaan Abu Bakar dan ‘Umar dalam menerajui kepimpinan dengan baik berjaya membendung lahir Syiah sehingga ‘Uthman memegang tampuk pemerintahan. Campur tangan daripada pelbagai pihak khususnya peranan ‘Abdullah bin Saba’ telah menyemarakkan semangat penyokong ̒Ali untuk meneruskan perjuangan mereka untuk mendapat hak jawatan khalifah sehingga munculnya beberapa aliran Syiah seperti al-Imāmīyyah al-Ithnā Asyarīyyah, al-Zaydīyyah, al-Ismāīlīyyah dan al-Ghullāh.

Keywords

Shiite, leadership, the priests, the Imamate

Article Details

How to Cite
Abdul Rahman, M., & Hamat, M. F. (2018). Sorotan Sejarah Kemunculan Syiah dan Aliran Utamanya: History of the Syiah and Its Main Utility. Al-Muqaddimah: Online Journal of Islamic History and Civilization, 6(2), 57–70. Retrieved from http://borneojournal.um.edu.my/index.php/MUQADDIMAH/article/view/15586