Kerelevanan Penerapan Latihan Berkonsep Al-Salām Dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes): Satu Tinjauan Awal Relevance of the Application of Al-Salām Conceptual Training in the Reserve Officers Training Team (Palapes): A Preliminary Study

Main Article Content

Mohd Norazri Mohamad Zaini
Che Zarrina Sa’ari
Mohd Khairul Naim Che Nordin
Mohd Solahuddin Shahruddin
Mohd Annas Shafiq Ayob

Abstract

Islam merupakan sebuah agama yang bertunjangkan elemen al-salām dalam setiap prinsipnya dan ajarannya di dalam ketenteraan. Elemen al-salām telah menjadi prinsip teras Rasulullah SAW dalam setiap operasi bersenjata atau al-jihād bī al-silāḥ khususnya sebelum, semasa dan selepas operasi hasil daripada didikan yang mantap berlaku dalam periode Mekah dan Madinah. Selepas hampir 1400 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW, gerakan bersenjata telah berevolusi dan berkembang menjadi lebih kompleks dan canggih. Di Malaysia khususnya di Institusi Pengajian Tinggi Awam terdapat badan beruniform yang berorentasikan ketenteraan iaitu unit Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang dikawal selia oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan majoriti daripada ahlinya adalah Bumiputera yang beragama Islam. Latihan unit PALAPES ini akan berlangsung selama tiga tahun mengunakan silibus ATM iaitu Manual Panduan Askar Wataniah melalui beberapa latihan seperti Latihan Tempatan, Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan yang perlu menjadi model pengaplikasian sebelum operasi bersenjata, agar sistem latihan ketenteraan. Selari dengan itu, kajian ini akan melihat pendekatan al-salam dalam penerapan latihan PALAPES. Kajian ini akan mengunakan metode kualitatif dan historis terhadap pengaplikasian elemen al-salām sewaktu zaman peperangan Rasulullah SAW. Hasil dapatan mendapati bahawa beberapa ciri-ciri persamaan kaedah sebelum operasi bersenjata Rasulullah SAW sememangnya telah wujud di dalam skim Latihan PALAPES, namun ia masih perlu dimurnikan agar bertepatan dengan eleman al-salām.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles