Main Article Content

Abstract

HAMKA sebagai tokoh ulama ulung Nusantara banyak membincangkan hal-hal berkaitan pemimpin di dalam karya-karya beliau. Tafsir Al-Azhar sebagai karya agung beliau turut tidak ketinggalan dalam membincangkan perkara tersebut. Artikel ini akan mengupas istilah-istilah yang telah digunakan oleh HAMKA bagi menjelaskan maksud pemimpin seperti khalifah, imam dan wali. Seterusnya tulisan ini juga akan membicarakan pemikiran HAMKA tentang faktor-faktor yang mendorong seseorang untuk menjadi pemimpin terutamanya keturunan, kekuatan fizikal dan ilmu pengetahuan. HAMKA juga turut membincangkan asas pimpinan Islam iaitu Allah, rasul dan orang-orang yang beriman. Tugas dan kewajipan pemimpin, teguran dan nasihat kepada pemimpin serta hubungan intim di antara pemimpin dan pihak pemerintah juga tidak ketinggalan dibincangkan oleh HAMKA demi untuk mencapai keredaan Allah SWT

Keywords

HAMKA, Tafsir Al-Azhar, Khalifah, Imam, Asas Pimpinan.

Article Details

How to Cite
Mohd Yusoff, Z., & Abdullah, A. H. (2013). PEMIMPIN MENURUT PANDANGAN HAMKA: SATU TINJAUAN DALAM TAFSIR AL-AZHAR (Leadership According to HAMKA: A Review on Tafsir Al-Azhar). Journal of Al-Tamaddun, 8(1), 17–38. Retrieved from https://borneojournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8647