RE-DEFINING PROPERTY AND PROPERTY RIGHTS IN ISLAMIC LAW OF CONTRACT

Authors

  • Engku Rabiah Adawiah Engku Ali

Abstract

MalJall al- 'aqd (subject matter) merupakan salah satu perkara penting
bagi sesuatu kontrak dalam Islam. Para fuqaha' telah meletak pelbagai
syarat bagi mengelak wujudnya gharar dan jahalah. Di antara syarat
tersebut ialah; ia dapat dipastikan, bersifat harta dan bernilai.
Walaubagaimanapun, isu yang sering dibangkitkan oleh pengamal
perbankan dan kewangan Islam ialah; apakah sebenarnya yang
membentuk subjek matter yang sah dalam sesuatu kontrak terutamanya
apabila aset tersebut tidak dianggap sebagai harta (amwal) secara
konvensionalnya. Aset-aset tersebut termasuklah harta intelek, hak
penerimaan, hak konsesi dan lesen, hakfuture properties dan lain-lain.
Isu utama di sini ialah adakah aset-aset tersebut boleh dijualbeli? Oleh
kerana kebanyakan instrumen kewangan dalam perbankan dan kewangan
Islam berasaskan jual beli atau kontrak pertukaran (mu'iiwaqah), jadi isu
ini perlu diselesaikan. Pada masa sekarang, terdapat dua aliran
pemikiran berkaitan dengan isu di atas; satu aliran menerima sebahagian
aset tersebut sebagai subjek matter yang sah bagi kontrak pertukaran
berasaskan bahawa ianya adalah hak kehartaan (lJaqq mall/property right). Manakala aliran kedua tidak menerima dan mengiktirafnya.
]usteru, artikel ini cuba menganalisa kedua-dua aliran pemikiran dan
hujah mereka yang akan dilihat dari penulisan Jiqh klasik dan
kontemporari. Perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran
yang jelas dan mendalam mengenai isu yang dibincangkan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-08-30

How to Cite

Engku Ali, E. R. A. (2019). RE-DEFINING PROPERTY AND PROPERTY RIGHTS IN ISLAMIC LAW OF CONTRACT. Jurnal Syariah, 11(1), 47–60. Retrieved from http://borneojournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22879